nuffnang Ads

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya !

Ok semua dah tau yang Harimau kalah dimakan Singa. Singapura-pura menang agregat 6-4 pada perlawanan timbal balik yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, 8:45 malam.



Malaysia vs Singapura




venue: Stadium National Bukit Jalil



sesiapa yang tengok game tadi samada live atau tengok di rumah bersama keluarga sambil makan kacang mesti geram dan rasa nak patah-patahkan je kaki player Singapura-pura. Grrrr~ kuat betul diaorang berlakon. tak habis2 buat2 injured. 1st half, saya lah orang yang paling bersemangat sekali, sebab harap2 hero saya si Safee Sali boleh la bagi 3 gol :) tapi bukan 3 gol yang masuk, 1 pon takde. uwaaaaaaaaaa :(

Dan semuanya berubah bila tiba 2nd half, minit keberapa entah Safee Sali berjaya membuatkan seluruh peminat Harimau Malaya bersorak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling!! yahooooo. Harimau 1 Singa 0. Boooooooo Singaaaaa...!!





inilah wajah kegembiran bila Hero dah buat peminatnya lega untuk beberapa minit :)


segalanya berubah bila saya tengah sibuk bermesej untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua kawan2, tiba2 Singa dah dapat 1 gol. Eeeeee tension betul lah! tak sempat nak riak sekejap. Lepas tu memang tak senang duduk lah. Come on Malaysia! please do it something! bila masa semakin tamat, nampaknya tiada lagi berita gembira yang dapat dikongsi oleh semua peminat bola sepak tanah air. bila wisel penamat dibunyikan, segalanya telah berakhir. Malaysia kalah, tapi pasukan kita bermain secara profesional berbanding pemain Singapura yang tak sudah2 dengan sandiwara umpana sinetron Indon. Cehhhh!!

walaupun Harimau tumpas ditangan Singa, tapi saya tetap penyokong Harimau Malaya. MALAYSIA BOLEH!